Friday, July 26, 2013

Celorot



Sejenis kuih tradisi Sarawak yang diperbuat daripada tepung beras dan gula merah, adunan kuih dengan teksturnya sedikit kenyal dan manis kemudian dibalut dengan pucuk daun nipah sebelum dikukus sehingga masak. Ianya manis, lembut dan sedap! Kuih kegemaran masa kecil, semasa Ramadhan memang selalu minta ayah belikan untuk juadah berbuka.

Rasanya cukup sudah 10 makanan tradisi popular Sarawak. Ada banyak lagi makanan tradisi Sarawak yang popular, ini adalah di antara yang popular dan hangat digemari setiap pelosok rakyat Sarawak. Insyaallah ada kelapangan akan berkongsi lagi makanan-makanan yang lain. Jumpa lagi ya di ‘entry’ yang akan datang. Jangan lupa menjamah makanan-makanan ini sekiranya berambeh ke Sarawak. Nyamannnnnn, rugi mun kitak sik cerik.

1 comment:

  1. The Tale of Tritany – Tecate Titanium -Tianium-arts.com
    The Tale of Tritany: Tecate Titanium titanium teeth k9 is a new game for the titanium trim hair cutter reviews game, titanium alloy nier replicant created by Tritany. We created the tumbling stones for their how much is titanium worth own amusement and titanium tv apk for

    ReplyDelete