Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:-
Ngajat Induk
Ngajat Bebunoh
Ngajat Lesong
Ngajat Semain
Ngajat Berayah
Ngajat ““Ngemai antu pala”
Ngajat bagi masyarakat Iban /Dayak ialah tarian semasa menyambut perayan Hari Gawai atau selepas musim menuai. Pada zaman dahulu, tarian ini ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.
Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan sambil menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan SAPE, iaitu alat bertali seperti gitar.
Bagi penari lelaki mereka digelar 'KELING', Mereka akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung dan juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Manakala bagi penari wanita mereka diberi gelaran 'KUMANG' , mereka memakai pakaian tradisi seperti di gambar bawah ini:
Kini tarian ngajat telah banyak mengalami revolusi.Kebanyakan seseorang yang menarikan tarian ini tidak lagi memakai pakaian tradisi sepenuhnya.Kadang kala ia akan ditarikan mengikut kesesuaian penari itu sendiri.Begitu juga dengan alunan muzik,kadangkala digubah suai mengikut kehendak seseorang penari.Namun begitu,teknik tarian NGAJAT masih dikekalkan dan tidak banyak berubah.Justeru itu,tarian ngajat ini tidak dapat dinafikan betapa uniknya.kerana setiap pergerakan,langkah tariannya begitu teratur sekali dan juga membuatkan anda terbuai bila menyaksikannya....
No comments:
Post a Comment