Thursday, July 25, 2013

GUA ANGIN (SARAWAK)





Gua Angin ialah sebuah gua semula jadi yang terletak kira-kira 5 km di barat daya pekan Bau. Pekan Bau terletak kira-kira 45 minit memandu dari bandar raya Kuching, dalam perjalanan ke arah pekan Serikin di sempadan Sarawak - Indonesia.
Selain Gua Angin, terdapat beberapa lagi gua lain di daerah Bau ini seperti Gua Bunian atau Gua Pari-Pari. Dahulunya, gua-gua ini dihuni oleh manusia pada zaman dahulu kala dan sumber aliran air boleh ditemui di dalam gua ini. Kini gua-gua ini didiami ribuan kelawar dan burung layang-layang.
Menurut sejarah, Gua Angin mendapat nama tersebut kerana terowong di dalam gua tersebut menjadi laluan angin sepoi - sepoi bahasa yang keluar masuk dari satu pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain.

No comments:

Post a Comment