Friday, July 26, 2013

Lun Bawang (Kaum Di Sarawak)

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan timur,Brunei,Sabah dan Sarawak.Di Sarawak, digolongkan dari masyarakat Orang Ulu.


Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Lun Dayeh yang bermaksud Orang hulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai.). Sementara di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan atau orang pribumi.Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas,Trusan dan Limbang.


Sejarah asal penempatan awal suku kaum Lun Bawang ialah di tanah tinggi Kerayan Kelabit kawasan tengah utara Borneo. Mereka telah berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Brunei sekitar abad ke-17 dan ke-18 akan tetepi kebanyakan mereka masih ada di Kelimantan.


Cara hidup dan bahasa suku kaum Lun Bawang dan Kelabit banyak persamaan.Ini dapat dilihat juga dalam cara mereka semasa menanaman padi bukit (tana luun) dan sawah padi(Lati ba').Nasi yang menjadi makanan mereka dibungkus dengan daun pisang atau itip dipanggilNuba' Laya. Daging atau ikan yang telah diperam dengan garam serta disimpan didalam buluh selama lebih sebulan dipanggil telu' serta rasanya akan menjadi masam masam masin sangat digemari suku kaum Lun Bawang. Begitu juga dengan salai(narar) Mereka juga mendapat sumber garam dari telaga air masin yang lebih dikenali sebagai lubang main. Dikawasan pedalaman menternak kerbau dan lembu menjadi sumber ekonomi sampingan serta menjadi hantaran mas perkhawinan pihak pengantin lelaki kepada keluarga pihak pengantin perempuan yang dipanggil purut.


Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristian yang telah disebarkan oleh mubaligh kristian sekitar tahun 1928-1930an.Arwah Datuk Racha Umung adalah Presiden pertama SIB. Presiden SIB Sarawak, Pastor Kalip Basar yang telah terbunuh dalam nahas helikopter pada julai 2003 dan YB Judson Sakai Tagal menteri muda Sarawak juga terbunuh dalam nahas helikopter pada 2004 juga adalah dari suku Kaum Lun Bawang dan membuat nama Lun Bawang lebih dikenali di Malaysia.


Sistem pendidikan agak lewat sampai diantara suku kaum Lun Bawang. Namun begitu atas usaha yang berterusan ramai antara mereka berjaya menjadi golongan ahli profesional. Setakat ini ada lebih dari 10 orang peguam dari suku bangsa Lun Bawang

No comments:

Post a Comment